Sabtu, 2 Mac 2019

AHMAD YAAKOB DARI KAMPUNG GONG CHAPA, PASIR PUTEH.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ahmad bin Yaakob dilahirkan di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan pada 28 Februari 1964. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Laki-Laki Pasir Puteh dari tahun 1971-1976.  Semasa Peperiksaan Penilaian Darjah 5 beliau mencapa 3A1B1C.Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Kamil Pasir Puteh, Kelantan dari tingkatan 1 hingga 6 Atas. Pada tahun 1983 beliau mendapat 5P dan muncul sebagai pelajar Kemuncak Cemerlang SMK Kamil dalam peperiksaan STPM.[1]

      Pada tahun 1984 beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Sains Kemasyarakatan dan kemanusiaan dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Bahagian Atas   dalam bidang Sejarah.[2]Beliau mendapat Ijazah Sarjana Sejarah pada tahun 2004. Beliau memulakan perkhdmatan sebagai guru di SMK Tengku Abdullah, Pekan 1990-1996. Kemudian bertukar ke SMK Jengka 2 pada 19 Januari 1996. Beliau mengajar subjek Sejarah STPM di Tingkatan 6 sejak tahun 1996 hinga 2019.

      Cikgu Ahmad Yaakob dilantik menjadi GPK Kokurikulum pada tahun 2003.[3] Beliau kemudian menjadi GPK Tingkatan 6 pertama SMK Jengka 2 pada tahun 2009.[4]
Beliau mendapat Gred DG54 pada tahun 2017. Beliau merupakan penulis 50 Blog.  Antara Blog beliau yang popular ialah Blog Sejarah, Blog Sejarah STPM P1, Blog Sejarah STPM P2, Blog Sejarah STPM P3 dan Blog ahmadyaakob.com. kini beliau sedang menyiapkan Buku Sejarah SMK Jengka 2 tahun 1973-2018 dan Buku Sejarah Tingkatan 6 SMK Jengka 2.Beliau telah mengajar Mata Pelajaran Sejarah STPM di SMK Jengka 2 selama 23 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan